Tanpa cinta Nya Aku tidak dapat berbuat apa-apa Dengan cinta Nya Tidak ada yang tidak dapat aku lakukan.... Without His love I can do nothing With His love there is nothing I cannot do.
Selasa, 28 Februari 2012
Hikmah penciptaan neraka
Terkadang ada saudara kita yang bertanya, jika ALLAH itu Maha Baik, mengapa menciptakan neraka? Mengapa tidak masuk surga saja semua ummatnya? Mengapa harus ada neraka? Insya Allah mudah-mudahan artikel ini sedikit banyak dapat menjawab
Ini kisah nyata..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam
Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa setempat menjalankan pemeriksaan mendadak di tempat perniagaan dan kompleks jual beli-belah, untuk memastikan para pekerja di setempat menutup aurat.
Aku tak tahu pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi mereka akan diberi teguran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan/aturan yang ditetapkan.
Lazimnya dalam setiap operasi,seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa setempat. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara baik-baik, karena hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam suatu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005,seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda ..
Setelah surat diberikan oleh pegawai PBT, Ustaz ni pun berbagi nasihat, "selepas ini diharapkan saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ini termasuk perintah ALLAH
Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. Kalau durhaka tak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita mencampakkan diri ke dalam neraka..."
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "KALAU TUHAN TU BAIK, KENAPA BUAT NERAKA? Kenapa tak sediakan syurga saja? apa seperti itu yang dinamakan Tuhan Maha Penyayang?"
Mungkin dari tadi dia sudah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz itu..hati sudah panas kena denda sebab dia tak pakai tudung/jilbab..
Ustaz itu terkejut. “Bahaya anak ni. Kalau dibiarkan bisa RUSAK akidah dia.”
Setelah habis gadis BERKOMENTAR, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tidak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen/rupiah gaji saya sekarang. Lebih baik saya jadi bandar judi, atau sabung ayam. Hidup senang, setelah mati pun tak risau sebab dijamin masuk syurga.
Mungkin anda ini pun bisa saya culik dan jual jadi pelacur. Kalau anda mau melarikan diri, langsung akan saya bunuh . Tak apa, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua berjumpa lagi di syurga..Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. USTADZ macam itu? Sedang dia terheran-heran dengan muka PUCAT.
Ustaz tu pun jelaskan ."perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga. Maka apa guna jadi orang baik?
Jadi orang jahat lebih senang. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma/gratis. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga.
perampok akan bertemu lagi dengan mangsa/korban perampok disyurga, setelah itu boleh mencuri lagi kalau dia mau. Tak ada yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ini yang kita mau? Menurut anda adil kah ?" tanya ustaz.
"Ah..mana adil macam itu. Orang jahat takkan terlepas macam itu saja." gerutu si gadis. Ustaz tersenyum dan bertanya lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh kah dianggap baik?"Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ini karena kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu DICIPTAKAN. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang durhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.
Saya rasa anda sudah faham sekarang. Kita sedang diuji atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga. "
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Silahkan anda berkomentar, namun tetap jaga kesopanan dengan tidak melakukan komentar spam.