Senin, 28 Juni 2010

AZAB DAN PERLINDUNGAN ALLAH DI PADANG MASYAR

Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokaatuh

PADA suatu hari, Muaz bin Jabal menghadap Rasulullah Shallallahu "alaihi wasallam dan bertanya: “Wahai Rasulullah,
tolong uraikan kepadaku mengenai firman Allah: Ketika sangkakala ditiup, maka kamu sekalian
datang berbaris-baris.” (Surah an-Naba’ : ayat 1).

Mendengar pertanyaan itu, Baginda menangis hingga basah pakaian Beliau. Lalu Baginda menjawab: “Wahai Muaz, engkau bertanyakan kepada aku perkara yang amat besar, bahwa umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri.”

Maka, dinyatakan apakah 12 barisan itu?. Barisan pertama, diiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih
yang artinya “Mereka itu ialah orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka ini
balasannya.”

Barisan kedua, diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha
Pengasih: “Mereka itu ialah orang yang ketika hidupnya meringankan shalat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka.”

Barisan ketiga, diiring dari kubur berbentuk keledai,perut mereka penuh dengan ular dan kalajengking.
Mereka ialah orang yang enggan membayar zakat,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan keempat, diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
Mereka ialah orang yang berdusta dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah
neraka.

Barisan kelima, diiring dari kubur dengan bau busuk. Ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. Mereka itu ialah orang yang menyembunyikan
perlakuan derhaka takut diketahui manusia, tetapi tidak pula takut kepada Allah, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

Barisan keenam, diiring dari kubur dengan kepala mereka terputus dari badan. Mereka ialah orang yang menjadi saksi palsu.Inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.

Barisan ketujuh, diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah, tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. Mereka ialah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan kelapan, diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
Mereka ialah orang yang berzina. Inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan kesembilan, diiring dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara
dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. Mereka ialah orang yang makan harta anak yatim
dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-10, diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh sopak dan kusta.
Mereka ialah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-11, diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi memanjang seperti tanduk
lembu jantan, bibir melebar sampai ke dada dan lidah terjulur memanjang sampai ke perut serta
keluar beraneka kotoran. Mereka ialah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-12, mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama.
Mereka melalui titian sirat seperti kilat.Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: “Mereka ialah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara shalat lima waktu,ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah
bertaubat.

Maka, inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat ampunan,kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Agung


Saudaraku , sesungguhnya menurut riwayat, kealak Allah Azza Wa Jalla akan mendirikan tiga buah Mahkamah untuk mereka yang berbaris itu di padang Masyar.

Mahkamah 1
Satu Mahkamah untuk orang kafir.Di sini di hitung segala kesalahan dan di bincangkan jenis jenis azab untuk orang kafir, yang paling ringan di siksa dengan di pakai terompah neraka, lalu kepala pun mendidih..

Mahkamah 2
Mahkamah ke dua pula adalah untuk orang islam yang berdosa dengan mahkluk.Siapa yang menyakiti orang lain semasa hidup, akan di adili disini, buat baik sebesar zarahpun Allah akan balas, buat jahat sebesar zarahpun Allah akan balas…

Mahkamah 3
Mahkamah ke tiga adalah orang yang berdosa dengan Allah sahaja.Di beritakan tiga golongan dari ummat Muhammad SAW akan di hisab pada awal pengadilan iaitu, orang kaya yang dermawan, Pembaca Al quran, dan Ahli jihad, tapi sebab mereka tak iklas, ingin di gelar dermawan, Qari dan pejuang berani mati, maka mereka akan di campak ke dalam neraka.., walau bagaiamanapun dosa selain itu, selain tidak ikhlas dan syirik, maka keampuanan Allah sangat luas…

Dan ada tujuh golongan manusia beriman duduk di bawah arasy, sedang orang lain kepanasan dan kehausan.., mereka adalah terdiri dari orang yang sentiasa solat berjemaah dan buat dakwah..!

Subhanallah....menangis rasanya membayangkan dimana ana akan berdiri di Padang masyar kelak? Ketika itu semuanya kebingungan dan menunggu selama 300 tahun (mengikut riwayat). Malah keadaannya begitu sempit, seperti anak panah yg diletakkan dalam bekas yang padat. Astaghfirullah hal adzim.....


"Ya Allah, tempatkan aku dibawah arasy Mu..himpunkan daku bersama orang-orang yang Engkau cintai, yang membangkitkn keinginanku untuk lebih beribadat kepada-Mu..agar kelak kami bisa berkumpul-kumpul bersama di Padang Masyar kelak..dibawah arasy Mu yang agung"
amin....

Smoga bermanfaat
wassalam...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Silahkan anda berkomentar, namun tetap jaga kesopanan dengan tidak melakukan komentar spam.